Bolehkah Puasa Qadha Dan Syawwal Digabungkan?

“…dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu atau wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” [Riwayat Al-Bukhari].

Bolehkah puasa Qadha dan Syawwal digabungkan?

Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 5 Nov 2007(Harakah) – Isu keutamaan antara Sunat Syawwal dan Qadha seringkali menjadi perbincangan di kalangan umat Islam yang ingin menunaikan kewajipan dan perintah agamanya dan lazimnya menjadi persoalan ialah tentang penggabungannya dengan puasa ganti Ramadhan dan puasa yang perlu didahulukan.

Malah ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa Sunat Syawwal dan puasa Qadha sedangkan telah terbukti dari hadis sebuah Qudsi yang sahih yang menuntut umat Islam mengutaamakan dahulu kewajipan menunaikan puasa ganti terlebih dahulu.

Sabda Rasullullah SAW berhubung puasa tersebut:

“…dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu atau wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” [Riwayat Al-Bukhari].

Mengulas isu ini Ustaz Zaharuddin Abd Rahman berkata walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, umat Islam tetap tidak pasti adakah mampu menunaikan sampai ke tarikh tertentu atau ajal menjelang dahulu.

“Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadhannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT”.

“Tiada dalil gabungkan puasa sunat Syawwal dan Qadha dalam satu niat”

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat Syawal itu sekali,” katanya dalam laman webnya http://www.zaharuddin.net.

Beliau turut mengulas isu menggabungkan puasa qada dan syawwal yang sememangnya amat popular dan lazimnya dilakukan oleh rata-rata umat Islam.

“Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya,” katanya.

“Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik,” katanya.

Malah katanya terdapat juga hujah yang menyebabkan pandangan yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu antaranya jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qada (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat.

Atau ada yang akan beranggapan boleh gabungan solat Isyak dengan Tarawih, atau Subuh dengan ‘tahiyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat Jumaat dengan solat sunat ‘tahiyatul masjid’,katanya.

Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik As-Sa’dy (bekas Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah El-Ibrahim (Jordan), mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya.

Selain itu tindakan Aisyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh dijadikan hujah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal.

Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkan kepastiannya, kata Zaharuddin lagi.

Namun secara cermat beliau membuat kesimpulan dalam mengutarakan perbincangan ini iaitu adalah tidak elok digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (Syawwal) tetapi menganggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya.

©Harakah

About these ads

About Md Radzi Ahmad
A retired Malaysian civil servant. Served the Malaysian government for thirty-one years. Posted to London, Rangoon, Johannesburg, Pretoria and Bangkok. Born in Kampong Hutan Kandeh, Alor Star, Kedah. Educated at Sultan Abdul Hamid College, Alor Star and University of Malaya, Kuala Lumpur. Currently resides in Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.Blessed with three children, a son, two daughters, daughter in law and two grandaughters.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: