Etika Berpakaian Menurut Islam.

Etika Berpakaian Menurut Islam

 

Pakaian adalah salah satu diantara tiga keperluan asas dan terpenting yang perlu dimiliki dan dipenuhi oleh setiap manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Selain sebagai keperluan asasi, pakaian juga boleh menjadi ekoran keperibadian seseorang, sebagai simbol atau tanda dan lain-lain perlembagaan. Kriteria berpakaian itu tidak memadai hanya berdasarkan ukuran adat, kerana adat boleh berubah. Justeru itu, pakaian juga boleh berubah. Oleh kerana itulah ukuran agama adalah yang paling tepat bagi menentukan etika atau kriteria berpakaian iaitu menutup awrat yang menepati kehendak hukum syarak.

 

Apabila berbicara mengenai pakaian, kita tidak dapat lari dari memperkatakan tentang awrat kerana dalam Islam pakaian dan awrat adalah sangat berkait rapat antara satu sama lain. Dari segi bahasa, awrat itu berasal dari perkataan Arab yang bererti aib atau sesuatu yang memalukan. Menurut istilah syarak pula, awrat adalah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang lain.

 

Menutup awrat adalah wajib keatas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis. Diantaranya firman Allah SWT:

 

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka,atau anak-anak mereka,atau anak-anak tirir mereka,atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,atau perempuan-perempuan islam,atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, suapaya kamu berjaya” [ Surah An-Nur, 24:31].

 

Melalui dalil ini, jelaslah bahawa Islam amat mengambil berat terhadap masalah awrat sehingga diterangkan dengan penjelasan yang begitu terperinci sebagaimana disebutkan didalam Surah An-Nur, Ayat 31  tadi, dan lebih daripada itu, kita juga digalakkan untuk menutup awrat dalam keadaan kita berseorangan ,meskipun ditempat yang sunyi dan tertutup.

 

Hukum wajib menutup awrat tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak boleh dimansuhkan dengan hujjah akal, walau sehebat mana logiknya hujjah itu. Ini kerana hukum itu telah ditetapkan dengan nas yang jelas yang tidak boleh diijtihadkan.

 

Nas yang terang dan jelas mengatasi akal rasional, kerana nas itu adalah wahyu yang nyata maksudnya, tidak memerlukan akal rasional untuk menerangkannya, apa lagi untuk membatalkan konsepnya yang jelas itu. Walau bagaimana pun pintarnya seseorang itu dan cerdiknya seorang pejuang hak wanita, namun mereka tidak akan dapat menentang dan menukar ketetapan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Malah sikap sebahagian mereka yang memperkecilkan-kecilkan dan mempersenda-sendakan hukum Allah jelas memperlihatkan kejahilan dan kecetekan akal fikiran mereka dalam menganggapi hikmat disebalik larangan-larangan Allah yang pada mereka amat mengongkong kebebasan dan pergerakkan.

 

Sungguh pun begitu, akal rasional boleh meneliti hikmah disebalik kewajipan itu bagi menambah keyakinan terhadap kebenaran hukum yang telah ditetapkan oleh nas.

 

Diantara hikmah kewajipan menutup awrat itu adalah untuk melindungi diri daripada jenayah seks. Sebagaimana yang kita ketahui, jenayah seks adalah diantara jenayah yang sangat berleluasa dan kerap berlaku pada dekad ini. Jenayah-jenayah seperti rogol, sumbang mahram dan khalwat memang sudah tidak asing lagi pada pendengaran kita. Punca yang banyak menyumbang kearah berlakunya perkara ini ialah pendedahan awrat. Kenyataan ini boleh dibuktikan daripada berbagai-bagai sudut kajian dan penipuan.

 

_____________________________________________________________________________________________________

Khutbah Jumaat – 8 JUN 2007

 

©Jais

 

About these ads

About Md Radzi Ahmad
A retired Malaysian civil servant. Served the Malaysian government for thirty-one years. Posted to London, Rangoon, Johannesburg, Pretoria and Bangkok. Born in Kampong Hutan Kandeh, Alor Star, Kedah. Educated at Sultan Abdul Hamid College, Alor Star and University of Malaya, Kuala Lumpur. Currently resides in Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.Blessed with three children, a son, two daughters, daughter in law and two grandaughters.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: