Siasat Segera Musa Hassan Dan Ghani Petail

ANTARA KITA

Dalam hal ini tidak guna polis membuang masa dan membuang wang kerajaan untuk membuat siasatan dan pendakwaan ke atas kes-kes penting seperti mana laporan Saiful itu kalau akhirnya ia ditolak begitu saja oleh rakyat.

Mohd Sayuti Omar 

 

LAPORAN polis yang dibuat oleh Anwar Ibrahim terhadap Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara, Abdul Ghani Petail semalam yang mendakwa kedua orang itu memberi keterangan palsu berhubung beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Noor 1998 sama penting dengan laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantu khas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan juga surat akuan berkanun yang diikrarkan oleh Raja Petra Kamarudin pada 18 Jun lalu.

Ketiga-tiga subjek itu kini menggemparkan negara dan ditunggu penuh minat oleh rakyat negara ini. Kalau polis dan kerajaan melihat laporan polis Mohd Saiful itu penting dan telah menjalankan siasatan segera, maka wajar juga kalau laporan Anwar semalam perlu disegerakan.

Untuk ketelusan dan kepuasan semua pihak, kerajaan tidak perlu berdolak dalih untuk melewatkan menyiasat laporan itu apa lagi memberi alasan ianya tidak perlu disegera.

Kerana laporan itu membabitkan orang besar polis dan peguam negara, yang ada hubungkait dan peranan langsung dengan laporan terhadap Anwar itu. Sekiranya kedua kes mereka tidak diselesaikan ia boleh menyebabkan berbagai tanggapan buruk timbul apabila kes mengenai Anwar itu diambil tindakan lanjut apa lagi sampai ke peringkat didakwa.

Dalam konteks dan perkembangan hari ini ia sangat perlu dipercepatkan. Sekiranya polis dan kerajaan hanya bertindak dan memberi keutamaan kepada laporan terhadap Anwar oleh Mohd Saiful Bukhari ia adalah satu tindakan boleh menambah mengikiskan lagi keyakinan umum kepada kerajaan terutamanya polis dan peguam negara.

Natijahnya apa-apa hasil siasatan atau keputusan mahkamah berhubung kes itu kelak tidak memberi apa-apa makna sekiranya siasatan ke atas Musa dan Abdul Ghani tidak dijalankan terlebih dahulu. Kelengahan ini menyebabkan keputusan atau hasil siastaan itu akan ditolak rakyat begitu saja kerana rakyat sudah beranggapan kedua mereka mempunyai reputasi perkhidmatan yang buruk berpandukan kepada kes melibatkan Anwar sebelum ini.

Kedudukan dan peranan mereka yang saling berkaitan di mana satu pihak menjalankan siasatan dan satu pihak menentukan pendakwaan menjadikan mereka sentiasa diselubungi berbagai persepsi buruk.

Dalam hal ini tidak guna polis membuang masa dan membuang wang kerajaan untuk membuat siasatan dan pendakwaan ke atas kes-kes penting seperti mana laporan Saiful itu kalau akhirnya ia ditolak begitu saja oleh rakyat. Sekiranya keadaan itu berlaku menyebabkan orang akan melihat pendakwaan itu bersifat politik!

Jaminan Abdullah Ahmad Badawi akan memperhalusi laporan Anwar itu tidak cukup menyakinkan. Apa lagi apabila Abdullah memperakui kedua mereka menjalankan tugas dengan penuh profesional ia menyebabkan orang ramai merasakan pengikhtirafan itu berbau berat sebelah.

Kenyataan Abdullah itu sudah membayangkan bahawa laporan Anwar itu akan dibuang begitu saja ke dalam tong sampah.

Apa yang perlu sekarang ini bukan jaminan tetapi tindakan menyiasat laporan itu dengan keterbukaan perlu disegerakan. Sekiranya dakwan itu ada kes dan bukti melampau ia hendaklah didakwa.

Selepas selesai pendakwaan dan menghasilkan keputusan saksama serta memuaskan hati semua pihak barulah polis menyiasat laporan Saiful berkenaan. Lagipun kalau hendak dikira berlambak laporan polis mengenai kes yang sama tetapi ia tidak disegerakan sesegera laporan Saiful itu. Jika laporan ke atas Anwar itu dilakukan pantas maka orang akan menyuluh polis ada undang di sebalik batu dalam kes berkenaan.

Saya yakin kalau laporan Anwar terhadap Musa dan Abdul Ghani semalam itu didiamkan sahaja, keseluruhan dakwaan Saiful berhubung perbuatan Anwar itu akan ditolak mentah-mentah oleh orang ramai yang sudah muak dengan sikap polis yang berat sebelah dalam melayani laporan orang ramai.

Dan selepas selesai siasatan ke atas laporan Anwar, sebaiknya polis perlu menyudahkan dulu siasatan ke atas akuan berkanun yang dibuat oleh Raja Petra yang mendakwa beberapa individu termasuk istri Najib, Rosmah Mansor dikatakan berada di tempat mayat Altantuya diletupkan.

Seandainya kedua siasatan mengenai kedua laporan polis Anwar dan dakwaan Raja Petra itu selesai kerajaan hendaklah pula mengumumkan segera hasil siasatan untuk pengetahuan ramai bagaimana status siasatan berkenaan dan juga hasilnya kelak.

Apa yang menjadi harapan rakyat dalam soal ini ketelusan dan kesaksamaan polis dalam menjalankan tugasnya dan tidak mengikut telunjuk orang-orang berkepentingan apa lagi kalau bertindak melindungi penjenayah di dalam rumah sendiri!

Pembersihan ke atas diri Ketua Polis Negara dan Peguam Negara itu penting untuk meletakkan wibawa mereka dengan tugas masing-masing. Sekiranya wibawa mereka dipertikaikan sukar untuk orang ramai menerima apa-apa keputusan yang diputuskan oleh pasukan dan jabatan mereka masing-masing.

©MALAYSIA TODAY

About Md Radzi Ahmad
A retired Malaysian civil servant. Served the Malaysian government for thirty-one years. Posted to London, Rangoon, Johannesburg, Pretoria and Bangkok. Born in Kampong Hutan Kandeh, Alor Star, Kedah. Educated at Sultan Abdul Hamid College, Alor Star and University of Malaya, Kuala Lumpur. Currently resides in Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.Blessed with three children, a son, two daughters, daughter in law and two grandaughters.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: