Mubahalah: Untuk Kebenaran Islam Bukan Peribadi

 

Mubahalah ialah memohon kepada Allah supaya diturunkan azab atau laknat ke atas mereka yang berdusta (berbohong). Ia hanya dibolehkan untuk membuktikan kebenaran Islam dan bukannya untuk kegunaan peribadi misalnya membuktikan seseorang itu bersalah atau tidak dalam kes-kes jenayah dan sebagainya.

 

Rasulullah s.a.w telah menyatakan kepada golongan Kristian bahawa Nabi Isa adalah Rasul dan bukannya Tuhan:

 

Tiadalah Al-Masih Ibni Mariam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga) [Al-Maidah,5: 75]

 

Namun mereka membantah dan enggan menerimanya. Lalu Rasulullah s.a.w. bermubahalah dengan tiga orang paderi Kristian bagi membuktikan kebenaran agama Islam yang dibawa. Dua dari tiga paderi itu tidak mahu meneruskan perlawanan mereka. Akhirnya dibatalkan kerana mereka bimbang golongan mereka akan pupus.

 

Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta. [Ali-Imran,3:61]

 

Selain dari bermubahalah (minta laknat) untuk membuktikan kebenaran Islam, Allah melarang dan mencela orang yang meminta diturunkan azab dan keburukan ke atas dirinya.

 

Dan mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan perkara buruk (azab yang dijanjikan) sebelum mereka memohon kebaikan; padahal sesungguhnya telah berlaku sebelum mereka peristiwa-peristiwa azab yang telah menimpa orang-orang yang kafir seperti mereka dan (ingatlah) sesungguhnya Tuhanmu amat melimpah keampunanNya bagi manusia (yang bertaubat) terhadap kezaliman mereka dan sesungguhnya Tuhanmu juga amatlah keras balasan azabNya (terhadap golongan yang tetap ingkar) [Ar-Ra’d, 13: 6]

 

©nasbunnuraini

About Md Radzi Ahmad
A retired Malaysian civil servant. Served the Malaysian government for thirty-one years. Posted to London, Rangoon, Johannesburg, Pretoria and Bangkok. Born in Kampong Hutan Kandeh, Alor Star, Kedah. Educated at Sultan Abdul Hamid College, Alor Star and University of Malaya, Kuala Lumpur. Currently resides in Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.Blessed with three children, a son, two daughters, daughter in law and two grandaughters.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: