Bebas Pilih Raka’at Tarawih

Bebas Pilih Raka’at Tarawih

Wan Rahimah Draman

SOLAT tarawih adalah amalan sunat yang dikhususkan hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Amalannya pula bukan sahaja telah dijanjikan Allah SWT. dengan ganjaran-ganjaran yang tidak ternilai harganya, tetapi memberi manfaat besar ke atas tubuh badan dan spiritual manusia itu sendiri.

Jika tidak, masakan Allah SWT melalui Pesuruh-Nya, Nabi Muhammad SAW mengamalkannya diikuti para sahabat, tabi’ie dan ahli salaf silam yang kemudian diteruskan oleh para ulama selepasnya hingga kini.

Imam Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulummidin berkata, solat tarawih itu adalah amalan sunat muakkad sebagaimana solat dua Hari Raya (Aidilfitri dan Aidiladha).

Menurut beliau, para ulama berbeza pendapat mengenai keutamaan bilangan rakyat yang dikerjakan mahupun tentang cara melaksanakannya iaitu sama ada secara berjemaah atau bersendirian.

Semasa hayatnya Rasulullah SAW, Baginda mengerjakan bersendirian di rumah sebagaimana mengerjakan solat tahajud. Ia diikuti oleh para sahabat yang melakukannya di rumah masing-masing.

Ini kerana solat tarawih dikerjakan pada malam hari iaitu sesudah mengerjakan solat Isyak dan hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Sebab itu ia dikenal juga dengan Qiyamu Ramadan (Qiamullail Ramadan).

Bilangan yang dikerjakan oleh Rasulullah SAW  tidak ada kepastian kerana baginda tidak pernah menentukan berapa bilangan raka’at yang mesti dikerjakan. Adakalanya Rasulullah SAW. mengerjakan solat tarawih lapan raka’at dan adakalanya 10 rakaat diikuti dengan sunat witir.

Imam Sayid Sabiq dalam kitab Fikh Sunnahnya berkata, baginda hanya memberi contoh untuk tontonan tetapi tidak memberikan batasan dalam bilangan jumlah rakaat yang dikerjakan sebagaimana diriwayatkan oleh ‘Aisyah RA. yang katanya;

Nabi  SAW bersembahyang di masjid, maka banyak pula orang-orang yang mengikutinya sembahyang. Malam esoknya baginda bersolat pula dan orang yang mengikutinya bersolat bertambah ramai. Pada malam ketiganya orang-orang sudah berkumpul, tetapi baginda tidak keluar. Keesokan paginya baginda bersabda; Aku tahu apa-apa yang kamu lakukan malam tadi dan aku pun tidak ada halangan untuk keluar, tapi aku bimbang kalau-kalau solat itu difardukan ke atas kamu nanti. (Riwayat Jemaah).

Amalan mengerjakan solat malam (termasuk tarawih) banyak kali diperintahkan Allah SWT. melalui firman-Nya antara lain:

·      Dan pada sebahagian daripada malam, maka sujudlah (solat) kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bahagian yang panjang di malam hari. (Al-Insan: 26).

·      (Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Az-Zumar: 9).

·      Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. (Al-Muzzammil: 6).

Solat tarawih di zaman Khalifah Abu Bakar, tidak ada perubahan seperti mana apa yang telah dilakukan semasa hayat Rasulullah SAW.

Perubahan amalan solat tarawih hanya berubah sewaktu pemerintahan Saidina Umar Ibn Khattab apabila ia diadakan secara berjemaah dan teratur dengan melantik imam yang baik supaya tidak lagi terpisah-pisah ketika mengerjakannya.

Dalam perkara ini, Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan, Muhammad Fuad Kamaluddin berkata, muslim bebas mengerjakan solat sunat tarawih mengikut kemampuan masing-masing.

“Sama ada ia melakukan lapan, 10, 12, 16, 20 bahkah 100 hingga 1,000 raka’at pun tidak ada salahnya, jika mampu.“Jumlah raka’at adalah khilaf para imam dan ulama, ia bukan hukum. Begitu juga cara mengerjakannya sama ada berjemaah atau sendirian,” katanya.

Bagaimana menurut Muhammad Fuad, apabila perpaduan ummah yang dijadikan keutamaan sebagaimana keadaan masyarakat masa kini, maka dikerjakan secara berjemaah itu sudah menjadi wajib bagi Muslim.

Menurutnya, masyarakat Islam jangan membesar-besarkan soal khilafiah jika pemahaman, pengetahuan dan ilmu mengenai Al-Quran dan al-sunah hanya di peringkat asas sahaja.

“Siapa kita untuk mempertikaikan apa yang telah dibuat, diamal dan disepakati oleh para sahabat, para tabi’ie, ahli salaf dan empat imam besar?” Tanya beliau.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan para pendakwah agar tidak membincang atau mengeluarkan hukum secara terbuka mengenai raka’at solat tarawih kepada umum.Sebaliknya tegas beliau, penentuan terhadap soal-soal khilafiah mestilah diserahkan kepada pihak berwajib yang diberi kuasa untuk memutuskan seperti Majlis Fatwa Kebangsaan.Tugas kita sebagai pendakwah, kata beliau, hanyalah menyampai dan menyuruh kepada kebaikan yang telah diputuskan dalam Islam.

[Utusan]

About Md Radzi Ahmad
A retired Malaysian civil servant. Served the Malaysian government for thirty-one years. Posted to London, Rangoon, Johannesburg, Pretoria and Bangkok. Born in Kampong Hutan Kandeh, Alor Star, Kedah. Educated at Sultan Abdul Hamid College, Alor Star and University of Malaya, Kuala Lumpur. Currently resides in Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.Blessed with three children, a son, two daughters, daughter in law and two grandaughters.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: