Al-Makr: Sentiasa Pantau Kegiatan Musuh.

Al-Makr: Sentiasa Pantau Kegiatan Musuh.

Ustaz Zainudin Hashim.

 

Allah SWT Yang Maha Bijaksana, telah menetapkan empat elemen penting untuk diperhalusi oleh setiap hamba-Nya yang benar-benar cintakan kelangsungan agama Islam agar terus berkembang dan diterima oleh segenap bangsa manusia di dunia ini. Sentiasa lakukan pemantauan terhadap kegiatan musuh

Mengapa tidak, dalam pelaksanaan ibadat solat yang sering kita lakukan lima kali dalam sehari semalam, Surah Al-Fatihah menjadi teras hingga ia menjadi rukun, tanpanya ibadat solat tidak dikira sah, ini kerana mesej jelas yang mahu disampaikan Allah SWT di dalamnya perlu diberi perhatian serius.

Empat elemenyang menjadi perkara utama yang mesti diberi perhatian ialah elemen akidah yang terkandung dalam ayat 1-4, elemen syariat dalam ayat 5, elemen tata cara hidup sebagai Muslim sejati dalam ayat 6 dan sebahagian ayat 7, elemen permusuhan dalam ayat 7.

Perkara pokok yang hendak dibincangkan di sini ialah elemen permusuhan, yang kadang-kadang kurang atau pun tidak langsung diberi perhatian, seolah-olah elemen itu tidak berapa penting untuk direnung.

Wahai saudara-saudariku sekelian! Jika elemen itu tidak penting, masakan Allah SWT Yang Maha Bijaksana memasukkannya dalam katogeri elemen-elemen yang dibaca dalam solat, iaitu satu keadaan yang penuh dengan ketenangan bagi muslim yang mahu memikirkannya.

Jika elemen akidah, syariat, tata cara hidup sebagai Muslim sejati mantap dalam diri kita, tetapi pada masa masa kita tidak mengenali taktik musuh yang merancang untuk menjahanamkan kita hingga tersungkur, maka kita akan terjebak dalam kegiatan yang dimurkai Allah SWT.

Sebagai contoh, gambaran yang dapat kita saksikan pada hari ini, ramai di kalangan remaja perempuan sudah mula bertudung kepala, ia menandakan mereka telah melaksanakan tuntutan elemen syariat yang membuktikan akidah ada dalam diri dan mahu menjadi muslimah sejati, tetapi terdapat yang memakai tudung kepala seperti tudung saji, masih berseluar ketat, nampak rupa bentuk badan, berbaju lengan pendek, sesungguhnya pemakaian seumpama itu masih tidak menepati piawaian pemakaian dalam Islam.

Begitu juga terdapat di kalangan mereka yang memakai tudung tetapi berasrama di taman-taman bunga secara terbuka tanpa ada perasaan malu, kalau tidak malu pada manusia sekalipun, sekurang-kurangnya malu kepada bunga-bunga yang menjadi saksi terhadap kegiatan tidak bermoral mereka di akhirat nanti.

Sementara di kalangan kaum lelaki pula, terdapat mereka yang menunaikan solat Jumaat dengan memakai pakaian sukan tertera perkataan Carlsberg atau Sports Toto dan seumpamanya.

Ini menggambarkan ramai di kalangan orang Islam tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya terkesan daripada perancangan musuh yang sentiasa mencari jalan untuk menjauhkan mereka daripada Islam.

Hal ini telah ditegaskan Allah dalam Al-Quran dalam banyak ayat yang menunjukkan bahawa musuh Islam terutamanya Yahudi dan Nasrani memang merancang kejahatan terhadap Islam dan umat Islam, antaranya dalam Surah Al-Baqarah, 2:217, Allah SWT berfirman maksudnya : Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

Sementara dalam Surah Al-Maidah, 5:82, Allah SWT menegaskan maksudnya: Demi Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad SAW) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.

Yahudi dan lain-lain dan khususnya di Malaysia ini merancang dan berusaha keras untuk mengalihkan pandangan orang Islam terhadap agama mereka dengan begitu licik dan halus, ia melibatkan program hiburan, sukan, pakaian, penampilan, cara berfikir, berkeluarga, agar kesemuanya tidak selari dengan konsep hukum Islam, justeru yang mampu menjadi benteng diri masing-masing ialah berpegang kepada ajaran Islam sebenar.

[ Via Harakah]

About Md Radzi Ahmad
A retired Malaysian civil servant. Served the Malaysian government for thirty-one years. Posted to London, Rangoon, Johannesburg, Pretoria and Bangkok. Born in Kampong Hutan Kandeh, Alor Star, Kedah. Educated at Sultan Abdul Hamid College, Alor Star and University of Malaya, Kuala Lumpur. Currently resides in Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.Blessed with three children, a son, two daughters, daughter in law and two grandaughters.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: